Photobucket
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=564690286895770&set=a.558606337504165.1073741825.100000644123738&type=1&relevant_count=1

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .


Ya Allah, kepadaMu aku berserah, kepadaMu aku beriman,kepadaMu aku bertawakal,kepadaMu aku kembali,kepadaMu aku mengadu dalam menyelesaikan pertikaian,kepadaMu aku mengharap keputusan.Ampunilah segala yang telah aku lakukan,dan yang belum aku lakukan,apa yang aku sembunyikan,dan yang aku nampakkan..amin,amin,amin.

sabar itu tanpa batas dan sangat tdk mudah dilakukan..ikhlas perbuatan yg mudah diucapkan tp sulit di laksanakan..tp bila kamu percaya Allah itu ada, Allah itu maha kuasa,maha pengasih &penyayang serta maha segala galanya,semuanya akan terasa mudah bagi dirimu..

Bila Allah cepat makbulkan doamu,maka Dia menyayangimu,bila Dia lambat makbulkan doamu,maka Dia Ingin mengujimu,bila Dia tidak makbulkan doamu,maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu. Setiap doa pastinya menjadi pahala sebagai bekalan di akhirat kelak. Oleh itu,sentiasalah bersangka baik pd Allah dalam apa jua keadaan pun..kerana kasih sayang Allah swt Itu mendahului kemurkaanNya

Monday, April 16, 2012

tuhan aku tahu terlalu banyak dosaku ..
aku terlalai saat bercinta ..
aku terlalai saat aku mendekati dia ..
aku mohon ya tuhanku .. 
kau kembalikanlah aku ke pangkal jalan ..
tunjukanlah aku jalan yang lurus ..
berikanlah aku sekuat iman yang ada untuk menempuhi rintangan yang datang ..
ya allah .. aku menyesal diatas perlakuanku ..

Sunday, April 15, 2012

Aku rindukan ketenangan .

baru ku tersedar dari mimpi2 dan keindahan dunia , mungkin usia dan masa mematangkan aku . aku fikir aku sudah cukup matang dgn sgala . tapi rupanya aku masih lemah dgn hati sendiri , bkn kerana aku lemah tapi kerana aku sudah jauh dari-Nya , menyebabkan aku tidak redha mehadapi hidup ini . Tapi syukur alhamdullillah , hati ku kini benar2 terbuka setelah mendengar nasihat dari seseorang abang yg aku rasa benar2 arif dalam kehidupan dunia yg sementara ini . Walau apa jadi sekali pun tidak seharusnya aku melakukan sesuatu di luar batasan agama ku . Slalu ku rasa bersalah terhadap Allah . Kerana terlalu banyak dosa yang telah aku lakukan . Aku harus bertanya pada diri ku ini , sudah cukup kah pahala aku ? sudah cukup kah ilmu aku ? dan aku sendiri harus bkata "tidak " . Dan bila hati dan mulut berkata tidak , maka aku harus lakukan . Terlalu banyak dosa aku , sehingga aku tidak sedar bahawa aku sudah jauh terpesong . Ya Allah ampun kan dosa ku . Tuhan sentiasa membukakan jalan-Nya untuk ku , dan kali ini harus aku lalui jalan itu dan pelajari segala apa yg ada d jalan itu . Semoga Allah terus memberi aku kekuatan , hanya mengingatinya aku sudah tenang dan apa lagi bila aku mendekati-Nya . Sudah cukup dosa ku . Aku rindukan ketenangan dari penciptaku..

Thursday, April 5, 2012

kisah d petang hari

Nampak cerita di atas :) .. ini kisah d petang hari..:) .. selepas itu aku melupakan saja la isu 'bun' habis ni..aku teru beralih kepada kebab inti daging , dan kuah kari..ini mkn malam tau..tp rs mcm roti x sedap..asal yer..x cukup study lg aku ni..hmm...tp boleh la sedap2...


Lepas dr makan2 ni..aku serabut pulak , nak buat apa hah..Ini la kehidupan aku yg 'Kosong'..'Kosong'...'empty', 'zero' . .'0' . . tp x per aku mungkin sudah biasa walaupun terkadang menangis sendiri mengenangkan hidup ini . . sudah cukup ! hari ini aku taknak cerita bnda2 sedih mahupun mencalar hati ni .. cukup apa yg sudah. .



maka bermula la , sikap aku yg kurang betul akibat terlalu fed up dgn kekosongan..gangguan mental kot..ahhha...wateva !! ..  malas nk fikir bnda yg mmg x boleh fikir..mari kita bgembira sama2 lalalalala...

by..

~gadis kecil ~


Tuesday, April 3, 2012

Tidur tak Basuh Kaki la ni . Mainan tidur

Ku terjaga dari tidur lena ku kerana mainan tidurku(mimpi) . Asyik bermimpi bukan2 saja , adakah kerana aku terlalu merindui sang kumbang yang sering bermain di mimpi aku . Semalam aku tidur awal dr sebelum ni sbb aku penat menangisi dosa2 ku yg lalu. Aku mmg selalu begitu . Mimpi aku bermula dari mana aku tak tahu tp part yg aku ingat saja akan ku ceritakan . Sebelum aku tidur tu aku sedang menunggu panggilan dr Encik cinta. Lepas tu tanpa aku sedar perlahan2 aku tertidur dan laptop ku masih menyanyikan lagu ketuhanan bertajuk 'rapuh'. Tv pulak melalak jer . boleh pulak aku tidur dlm keadaan bising . Tapi apa yg pasti bunyi2 bising terus sayup dan hilang.maka bermula lah adegan mimpi aku . Ketika bermimpi tu , aku tidur lagi . aku ke katil aku dan tidur sambil melihat hp aku . tiada misscall mahupun sms . Oke tidak mengapa . Kemudian aku terus tidur . Bangun dari tidur ku itu aku lihat lagi , aik tiada misscall dan sms . what's happening ? kemudian aku buka sent item aku wahhhh what's this !!! d dalam sent item aku tuh ada mcm2 sms .byk sms yg aku send dgn en.cinta .ada sms yang berulang2 . kemudian aku baca dr mana mula sms ni , tp dalam bahasa yang pelik pulak bahasa sms tuh  . tp apa yg pasti aku memahami sms itu , sms tu aku translate la yer :) " saya keluar jalan" aku sent sms ni sampai 4kali , kemudian aku bg dia sms panjang " saya keluar dengan kawan lama saya ...( dan aku tak ingat isi kndungan yg seterusnya..)" lepas tuh aku ada sent 2 ke 3 picture yg menandakan aku di luar . dan di sebalik gambar itu ada text tp x ingat , agak kasar jg la smp membuat kn hati aku dlm mimpi tuh sgt2 terkejut dan sedih dgn smua tuh.aku trus buka inbox nak tgk apa dia reply smp aku bckp mcm tuh..tiba2..*empty* . .apa ni bila aku delete ??? aku tgk call log, empty  ! . . apa ni .. kemudian aku call dia byk kali tp x angkat . . dalam kebingungan dan d hantui rasa bersalah aku pun cepat2 keluar dr rumah dgn niat mahu cari dia , tp tgh ak nak keluar ni aku teringatkan sesuatu yg aku bermimpi semalam ( mimpi dalam mimpi) . mimpi aku yg d dlm mimpi tuh , aku tgh otw ke sekolah dgn basikal kecik dan tiba2 selipar aku putus , ak pun terus parking dan beli selipar , tp tiada kasut dan selipar yang aku berkenan , dan aku ada text dia " saya pegi sekolah " tp dlm bhasa yg pelik la..lps tuh aku tgk jam tgn aku ahhh 5 minit lg class start tp aku masih d sini , sdgkan pjalanan dr sini masih mgambil masa 20 minit..aku pun tidak la pegi sekolah , sebaliknya aku tjumpa kawan lama aku , aku dduk dgn dia dlm ada 1 warung2 tuh.besar la jg.Cousin dia chef kat situ dan kami pun makan la kat situ . Lepas tuh cousin dia balik2 nak ambil gambar bersama dgn aku , sbb muka aku konon mcm ex-gf dia ,aku pun ckp xmahu nanti apa pulak bf aku fikir . lgpun mmg ak x mahu . aku jaga hati dia. lps tuh kwn aku n cousin dia gelak2. dia ckp "didunia ni manada org setia la.Tak pyh la ko nak takut." tp aku tetap meletakkan kepercayaan . walaupun perasaan aku sgt takut klo2 terserempak dgn bf aku disitu .yela aku ckp aku kat sekolah , dan aku terlewat utk tarik balik kata2 aku , aku pun x tahu knpa sbb apa la aku x bgtau dia yg aku x jadi pegi sekolah sbb selipar aku ptus . ops pembetulan bukan ptus tapi cair ! haahaa . sebelum ni aku x pernah berbuat bgitu , dan masa tuh merupakan pertama kali aku mendiamkan diri dari apa yg aku lakukan pdhl sblm ni ak bgtau segalanya. aku terus rasa bersalah dan tiba2 aku terjaga dari mimpi ketika tidur dlm mimpi pertama . then tuh yg aku buka sent item sume tuh rupanya gambar2 aku sent tu gambar2 aku dgn kwn n cousin dia. ak pn terfikir sejak bila aku ambil gambar dgn drg ni bukan aku taknak ker...arggh aku pun tmbh la rs salah , kesiannya bf aku, knp aku bt bgini . aku pun keluar dan terus lari cari dia . setelah jauh jg la aku lari kaki aku lenguh dan aku bckp sndiri " eh , aku ada kereta la kenapa aku nak berlari ni , bila aku nk smpai" . kemudian aku patah balik ke rumah dan ambil kunci kereta , dan tgn aku sibuk call2 dia.Aku pusing2 ntah aku nak ke mana masa tuh , aku cuma nak cari dia jer . sambil tgn aku menggeletar dan menangis2 call dia , tiba2 cettttttttttttttttt kereta aku bawa accident . aku termasuk kat hutan yg curam . sbb aku bwa laju sgt masa tuh . hala tuju x tahu . tiba2 d sblh aku aikkk, ada cousin aku . cousin aku tuh diam jer ,aku pun keluar dr kereta terus lari naik bukit hutan tuh utk terus kan mncari dia , tiba2 aku d tempat yg cantik . cantik dan sungguh tenang tempat . kemudian aku trus kan jg cari dia , dan tgh aku berlari , langkah aku mjadi sgt perlahan dan tiba2 ada 1 lelaki lebih laju lari dr aku , aku pun cuba lg tp kaki aku tetap perlahan , dan kami seolah2 berlawan kejap dia ke depan kejap aku ke depan , dan tiba2 saat tuh ada 5 kiraan .  tiba kiraan ke  empat  aku pun sedaya upaya jg , kemudian aku tgh lari dan tkejut , lelaki td berhenti dan minum air di perigi . hah , apa dia buat tuh . aku jerit dia " kenapa kau ?" dia ckp lebih afdal bila kali ke empat kita singgah minum air. aku pun" ouh ya .okey " tp aku x berenti dan aku trus kan .. sikit lagi kemudian aku trus lari dan lekaki td sedaya upaya kejar aku . aik aku smp ke tiang yg kononnya itu la tmpt penamat . dan aku trus myandar di tiang tuh . tiba2 lelaki tu pn tiba d penamat dan ayat dia " aku kagum dgn kau , sbb kau tidak thasut dgn aku " sambil dia senyum2 . dan ku perhatikan mukanya betul2 . ahhh ni muka kekasih aku .. aku pun ckp "eh , kau ...." dia kata " aku bukan..dan dia pn ckp tu adik kau tertinggal d belakang " dgn adik aku tgh tgk aku , dia pun jerit dr jauh" hoi , ko pegi mana arr. ' , lepas tuh aku gelak dan aku bgun " cepat jom lari , adik aku kejar kita .. smbil lari gelak2 . dan sampai la aku d pintu rmh aku , aik mana lelaki td .. lps tuh adik aku pun dtg tmpt aku , dia ckp " kau pegi mana hah , puas aku cari , kau ni , kau gila ka ..haishh.penat aku " lepas tuh baru aku teringat , aku sepatutnya cari en.cinta , apa aku buat di sini . dgn memikirkan tubuh ku yg x larat , lemah , aku hanya mampu menangis dan masuk kerumah . dan jenggg3..dia kat rmh aku .. hah ?? dia blh tya aku " kau pegi mana ? , puas aku cari " aku ckp " aku cari kau " terus dia kata " aku disini , aku nampak kau keluar td " aku pun hah apa ni ??? arghh aku tgk blk isi hp aku sent item tuh utk membuktikan dgn dia yg aku keluar cri dia kerna itu . dan bila aku buka , hah mana sent item td .. sebalik nya hp aku sedia kala seperti sblm aku tidur .. inbox pn ada . aaaaa trennggg aku pun terbangun dr mimpi kpd realiti ..dan benda yg sama aku buat aku tgk hp aku dan sms ,xde misscall n text . aku pn call la en.cinta.dia bru jer habis kerja dan tgh balik ke rumah .. aku pn cerita kan dgn dia ttg mimpi aku dgn ringkas . dia kata " tidur mesti tak basuh kaki kan, lain kali basuh kaki sblm tidur. " haha .. mmg ya pun :D .. hebat sungguh permainan tidur .

what should i do ? Dance ? very good !

Mati akal ku , apa yang harus aku coretkan . tengah aku menconteng laman blogger aku ni,aku tengah makan kek cheese,ni la last kek yg tinggal d dlm peti usang itu . Sedap jg yer . Sebenarnyer dah 4  hari aku tak makan nasi . Bukan takde beras ataupun lauk , tapi nak masak pun x selera nak makan :( . Dah 4 hari makan snack jer , x pun sandwich . sehari 1 kali . hmm . Tp best lar jg sbb takde la mati akal sgt sbb ada broadband blh lar on9 . blh la mbuat kata2 d blogger :D .  Aku baru jer lepas 'dance' penat sikit lar. haha .ouh ya bercerita psl 'dance' ni , sbnrnye aku memang sgt minat dalam bab menari2 ni . mcm2 tarian yg aku cipta . Kdg2 tuh aku suka bercerita mlalui tarian . Mungkin tiada siapa yg mengetahui tabiat pelik aku ni , sbb aku hanya melakukannya apabila aku berada d dalam sebuah bilik dan berseorangan. Bila aku berseorangan aku akan tiba2 ada perasaan yg sedih , gembira . Terkadang tu aku ada jg rs kecewa , mcm2 la . aku akan mluahkan smua tuh dr tarian ku . bila aku rasa gembira . aku akan menari dgn rancak dan menyanyi2 dgn nada dan lirik yg tkeluar sndiri dr luahan itu . sama jg apabila aku sedih , kecewa atau seangkatan dgnnya. Apabila aku sudah terlalu penat menari tapi aku blm habis meluahkan segalanya , aku akan dduk myandar di depan cermin . dan aku akan bcakap dgn diri aku sendiri . Aku rasa itu sesuatu yang seronok untuk aku lakukan.Tapi aku tidak akan memperlihatkan itu kpd org lain mahupun pd teman rapat sndiri sbb ia blh d anggp 'GILA' haha.Lagi 1 pelik sgt ttg aku , aku susah untuk mempunyai kawan . Aku tak tahu knpa. Mmg ini lah aku sejak dari azali lg.Sebab aku sensitif.Dikalangan kawan2 aku , aku mmg seseorang yg suka bergurau dan mengembirakan kawan2 aku . Aku bermanja dan suka usik kawan2 aku . Tapi aku susah utk pertahankan persahabatan . tabiat aku pula suka ckp lepas . Bg aku 'sahabat yg baik bukan membenarkan kata2 kawannya tapi memperbetulkan apa yg kwnnya kata' . bg aku kalo itu bkn tbaik utk kwn2 aku , aku akan terus terang . Tp mungkin sesetengah dr itu tidak suka , dan secara langsung myakitkan hati aku . dan bg aku dlm berkawan , 'tiddak semua apa yg kawan kita lakukan kita harus lakukan bersama' .. friend is friend , and yourself is yourself . Kdg2 mmbuat aku terasa dan bersalah bila menolak .Ahh sudah cukup bercerita peihal itu. skrg masa untuk bercakap ttg biskut chipsmore yg x habis lagi ni ahaa . . biskut ni ntah dr bila d sejuk bekukan dalam peti haha. sekarang aku tgh menikmati 3 keping chipsmore and segelas susu segar . choww dlu ye dadaaaaaaa

Di Kotak Hatiku .

setelah sekian lama tidak mendengar nasyid , hari ini spanjang hariku di dendangkan dengan nasyid . Rasa sungguh tenang dan terasa kerdilnya diri ini dan baru ku sedar bahawa aku terlalu jauh dari jalan-Nya. Teringat dulu zaman kanak2 , aku hari2 berdoa agar Allah memberi petunjuk dan jalan yang terbaik dalam kehidupan ku , aku masih ingat waktu itu mata ku dan hatiku masih samar2 mengenali agama ku. Aku tidak seperti kalian yang lain , yang mempunyai didikan agama dan bimbingan yang cukup . Tapi bagaimana kah kalian menghargai waktu itu ? kadang-kala kita tidak sedar akan kelebihan yang ada pada diri kita , dan kita sering menidakkan kekurangan dlm diri kita . wahai insan yang dikasihi Allah , sentiasa la kita bersyukur dgn seadanya. Terima lah apa yang diberi dari hasil usahamu . kita sering menyalahkan takdir , tapi kita tidak sedar di sebalik semua tu adalah ujian dan markah . bagaimana kamu menempuhi 'ujian' itu , maka "markah'nya adalah apa yang kamu perolehi . Jika kamu tidak dapat hadapi ujian itu , tuhan mencatatkan dan memberikan yang lain dan pastinya apa yang terbaik untuk diri mu .Tuhan tidak memberi apa yang tidak mampu hamba-Nya pikul . tapi bila Tuhan memberi sesuatu itu maka kita harus pikul semua tuh sebab tuhan maha mengetahui . Dia bagi kita akal dan fikiran . berfikirlah bagaimana caranya. gunakan akal mu untuk melakukannya .setiap saat , terdetik dihati ini ingin sujud dan menyempurnakan hari2 ku dengan ayat2 suci . Tapi , aku tidak mempunyai pembimbing ke arah itu . Aku tidak tahu bagaimana harus ku memulakan. Lebih2 lagi ku terlalu merasa kan hidup ku penuh dengan Dosa2 silam . Aku selalu bersyukur sebab sekarang ni aku mengenali seorang yang selalu mengingatkan aku kepada-Nya.Dan hati ku seolah2 menangis setiap kali dia bercakap tentang agama . Banyak juga kesilapan aku yang dia tegur dan minta aku perbetulkan . dia menasihati aku kerana Allah . Dan aku memperbetulkan kesilapanku kerana Allah . Dan aku mengakui aku menyayangi dia kerana Allah . Seandainya bukan di takdirkan dia jodohku , aku tetap bersyukur kepada tuhan kerana telah mengirimkan aku seorang hamba-Nya yang membuatkan aku lebih dekat ke jalan-Nya.Nasihat saya pada kalian yang membaca blog aku ni , sebolehnya sayangi lah seseorang kerana tuhanmu , bukan kerana apa yang ada padanya . Percayalah bahawa kamu tidak akan menyesal , walaupun tidak bersama sampai ke hujungnya. Tuhan baru ku sedar indahnya kehidupan yang kau beri padaku , tak pandai ku bersyukur , kini ku mengharapkan cinta-Mu.Banyak lagi harus ke tempuhi di dalam kehidupan ini, semoga Allah kuatkan aku dan Lindungi aku dari berputus asa. Hanya pada-Mu ku berserah apa seterusnya jalanku.

Monday, April 2, 2012

DiPatuk Ular..tidakkkkk!!

3 april 2012..

ya allah, td pagi ku terjaga dari tidur ku dan terus melihat kaki kanan ku , 
badan ku seolah2 cramp..
sungguh terkejut dengan mimpi semalam bagaimana
ular itu boleh mematuk aku..
kenapa aku bermimpi begitu wa'Allahu A'lam..
tuhan saja mengetahui di sebalik mimpi . 
aku ingat lagi ketika itu
 aku sedang keluar dari bilik
dan ke ruang tamu rmh keluarga aku
tiba2 ada 'Ular Besar" .. aaa tidak
kemudian aku cuba lari tp 
arghhh kaki kanan ku sudah di  patuk dan digigit
dia taknak lepaskan
ya Allah tuhan saja tahu betapa takutnya aku masa itu..
kemudian aku meronta2 dan terus lari kebilik , 
dalam perasaan yg sangat takut..
aku kata " kali ni aku mati , kali ni aku mati "
sambil terasa bisa ular itu mula merebak 
dan membuat seluruh badan ku cramp . .
seterusnya x ada pilihan lagi , aku beritahu abahku
yang sedang tidur.."abah , jom pegi hospital,saya d patuk ular"
abah boleh kata " ala, biasa jak tuh, tak mati la"
aku repeat lg" abah !! saya di patuk ular la!!"
lepas tuh abah bgun dan mandi plak tuh , bru la dia hantar aku 
ke hospital.ketakutan aku ntah nak kata mcmna masa tuh..
tp abah releks jer..huh..lps tuh tiba2 ntah
mcmna mimpi aku berubah..
aku d bus station dgn kaki kanan aku yg berbalut..
aku bersama kawan sekolah lama aku , tak ingat nak ke mana masa tuh,
dalam pada masa itu aku membawa "Casandra"(anak akak aku)
dan ntah dari mana aku dapt 3 ekor ular dan berada d dalam balang bertutup
dan aku pegang, aku siap bg makan ular tuh kuaci..ahah
lepas tuh tiba2 ular2 tuh cuba patuk aku pulak..
ular2 tuh kecik2 jer..di sebab kan trauma dgn 
peristiwa ular besar patuk aku tuh, aku pun cepat2 lepaskan balang tuh ,
dan lari , casandra yg ak dukung pun aku bwa lari sekali..
aku tak toleh2 belakang lagi, aku rasa aku la paling laju kedepan dr kereta2 yg ada
dalam masa tuh , aku ada bmacam2 perasaan , takut , geli,
meremang bulu roma aku , bdan aku naik sejuk..menggeletar..
last2 aku terjaga dari tidur..
huh ..dah pagi..tp pagi bru nak cerah ni..
aku trus pegang kaki..tubuh ku semua meremang ,
dan cramp..aku cuba tidur smula..tp x boleh teringat ttg ular besar n ular2 kecik
tuh..ya Rabbi , geli gelaman aku..
sampai kan aku takut nak tidur lagi..
aku pun baring la sambil peluk kaki aku
yang kena patuk n gigit ngn ular tuh..last2 aku tidur :)
alhamdullillah tiada apa yg ngeri lagi..
tp seriously, saya trauma !! takotttt!!..eyyyakkk.
mcm rasa melayang2 pulak tubuh ni sbb meremang , takut , eyy korang 
fikir la sndiri ap perasaan bila nmpk n d patuk ular..
fuiyoo..aku sayang kaki aku..

renungan bersama

RENUNGAN BERSAMA

“Dan Dialah (Allah swt) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, 
Kami halakan ia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), 
lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian 
Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. 
Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, 
supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya).”(Al-A’raaf:57)

Engkaulah tali yang tersembunyi di dalam jiwa
Bagaimana mampu ku korbankan setia
Terkadang Kau ujiku bahagia, terkadang Kau ujiku derita
Usah Kau lepaskan aku, Duhai Yang Maha Pecinta
Walau sesaat pun jua aku tidak ampuh
Kerana Kau Maha Tahu betapa diriku rapuh
Biar raja-raja menutup pintu istana
Kekasih lama menyepi
Di hadapan-Mu aku tetap berdiri
Tiada tempat di dunia ini untuk ku berlari
Wahai Allah Tuhanku,
Aku berdoa pada-Mu dengan lisan harapanku
Ketika tubuhku letih dan kelu
Jangan pernah Kau tinggalkan aku.”

KAU TEMPAT KU MEMINTA..KAU BERI KU BAHAGIA



Kau tempat ku meminta,Kau beri ku bahagia...Bila Hati Sering Diuji

Ya Allah Ya TuhanKu Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,

 aku berlindung dengan Namamu, moga aku sentiasa dalam tasbih cintamu, 

moga aku tidak tersasar dalam persimpangan jalanku ini.

Aku tahu bahawa aku adalah hambaMu yang paling  lemah dan hina, 

aku tidak layak untuk menjadi hambaMu yang terbaik, 

maka engkau ampunilah dosaku yang banyak ini Ya ALLAH..

Aku mohon moga Engkau sentiasa memegang hatiku..

Ampuni aku jika aku sering lalai dalam cintaMu, 

ampuni aku jika aku selalu dalam kelekaan duniaMu..

Ya Allah tatkala aku dalam tahadjud malamMU, 

aku selalu merasakan Engkau terlalu dekat denganku, 

aku merasa amat hiba hingga aku tidak mampu berkata..

Sungguh banyak nikmat yang 

Engkau berikan kepada Hamba-hambaMu, 

aku berasa bersyukur diatas limpahan rahmatMu yg melimpah ruah. 

Ampuni aku jika aku sering tidak bersyukur kepadaMu.

Aku bermohon kepadaMu dengan mohon yang

 amat sangat moga Engkau sentiasa memberi aku ketabahan, 

sabar, ikhlas dan redha akan ujianMu..

* Jika kehidupan dipenjara itu  lebih baik dan membuat aku lebih 

dekat dengan Allah maka aku lebih memilih hidup dipenjara 

daripada hidup dengan manusia yang pendusta*-Nabi Yusuf -

“Pastilah akan mendapatkan cinta-Ku orang-orang yang mencintai karena-Ku.

 Pastilah akan mendapatkan cinta-Ku orang-orang saling menasihati karena-Ku.

 Pastilah akan mendapatkan cinta-Ku orang-orang yang 

saling mengunjungi karena-Ku.

 Dan pastilah akan mendapatkan cinta-Ku 

orang-orang yang saling memberi karena-Ku. 

Mereka berada di atas mimbar-mimbar dari cahaya.

 Yang membuat iri para Nabi dan

 orang-orang jujur terhadap kedudukan mereka.

Hadits di atas diriwayatkan Imam Ahmad di Musnad-nya dan

 Ibnu Hibban dalam Shahih-nya

Sunday, April 1, 2012

tomorrow

i will continue update my blogger tomorrow..
tired to lying infront of the laptop . .
back pain argggggggghhhhhhhh